Pasrah Segalanya
Pernah hati ini terguris
Dengan fitnah dan tohmahan menghiris
Sehingga terasa diri ini hina
Kerana tiada siapa yang sudi membela
Kutabahkan hati harungi hidup
Biarpun tiada siapa yang menemani
Keseorangan aku di laluan sepi
Ditinggalkan mereka yang ku percayai
Namun ku tahu
Ada hikmahnya
Setiap segala yang menimpa diri
Kuserahkan segala padaMu tuhan
Yang berkuasa jua mencipta
Kerana Engkau Maha Mengetahui
Segala yang terbuku di hati
Ya Allah, tidakku terdaya lagi
Menahan dugaan yang mencabar ini
Terasa bagai noktah telah kutemui
Mengakhiri segala yang telah ku mulai
Ya Allah, kau lindungilah aku
Bekalkan aku dengan limpahan iman
Agar tabahku menghadapi dugaan
Agar tidakku berhenti di persimpangan
Kini di sini aku berdiri
Bersama harapan yang tulus suci
Agar terbitlah mentari pagi
Setelah malamku berkalut benci
5 Comments:
sieyhah?.
is there anything disturb ur mind?
r u okey?
nice lyric!.^_^
fieqa..
tq 4 concern..
i'm ok..
act, i like dis lyric so much..
it gives me strength..
lagu ape neh?
pasrah segalanya..de hearty..
mokcik~..tak dop post bru ka??..hehe~
Post a Comment
Subscribe to Post Comments [Atom]
<< Home