Monday, September 7, 2009

Pasrah Segalanya

Pernah hati ini terguris
Dengan fitnah dan tohmahan menghiris
Sehingga terasa diri ini hina
Kerana tiada siapa yang sudi membela
Kutabahkan hati harungi hidup
Biarpun tiada siapa yang menemani
Keseorangan aku di laluan sepi
Ditinggalkan mereka yang ku percayai

Namun ku tahu
Ada hikmahnya
Setiap segala yang menimpa diri
Kuserahkan segala padaMu tuhan
Yang berkuasa jua mencipta
Kerana Engkau Maha Mengetahui
Segala yang terbuku di hati

Ya Allah, tidakku terdaya lagi
Menahan dugaan yang mencabar ini
Terasa bagai noktah telah kutemui
Mengakhiri segala yang telah ku mulai
Ya Allah, kau lindungilah aku
Bekalkan aku dengan limpahan iman
Agar tabahku menghadapi dugaan
Agar tidakku berhenti di persimpangan

Kini di sini aku berdiri
Bersama harapan yang tulus suci
Agar terbitlah mentari pagi
Setelah malamku berkalut benci

5 Comments:

Blogger fieqa said...

sieyhah?.
is there anything disturb ur mind?
r u okey?

nice lyric!.^_^

September 8, 2009 at 1:38 AM  
Blogger CB said...

fieqa..
tq 4 concern..
i'm ok..
act, i like dis lyric so much..
it gives me strength..

September 9, 2009 at 2:46 AM  
Blogger Aliaa Zulkifli said...

lagu ape neh?

September 19, 2009 at 5:53 PM  
Blogger CB said...

pasrah segalanya..de hearty..

September 22, 2009 at 11:58 AM  
Blogger fieqa said...

mokcik~..tak dop post bru ka??..hehe~

September 25, 2009 at 1:32 AM  

Post a Comment

Subscribe to Post Comments [Atom]

<< Home